Rakyat Sabah mungkin tidak tahu, perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah

Rakyat Sabah mungkin tidak tahu, perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah. Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir pada 6 Disember 2022 dilanjutkan sehingga 21 Disember ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

Rakyat Sabah mungkin tidak tahu, perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diveroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.” katanya dalam kenyataan media.

Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasa dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkn rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu.” katanya.

BACA JUGA:

Sedap, lembut, gebu, jom belajar cara mudah buat donut pandan Suisan

Persoalan Zafrul tiada di mesyuarat kabinet, terjawab

Terbukti, watak Thing jauh lebih penat daripada Wednesday, netizen tertanya berapa bayaran untuk pelakon itu