Sakit ringan tetapi kerap biasanya symptom kepada penyakit berbahaya, wajib baca untuk awal tahu, awal kita dapat cegahnya.
Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami sakit perut sebelah kanan bawah, ini memerlukan pemeriksaan doktor.
Jika keadaannya tidak terkawal, ia boleh menyebabkan gangguan yang teruk dan memerlukan rawatan segera.
Sakit perut yang berlarutan atau tiba-tiba berasa tajam atau mencucuk memerlukan anda untuk menilai simptomnya.
Berikut adalah kemungkinan keadaan kesihatan yang boleh berlaku jika sakit perut.
1. Sakit perut sebelah kanan bawah kerana sembelit
Kadang-kadang, punca sakit perut sebelah kanan bawah anda disebabkan sembelit.
Ia berlaku apabila anda mengalami kesukaran menggerakkan usus besar akibat najis yang keras di dalamnya.
Apabila keadaan ini berlaku, anda mungkin berasa terbakar di bahagian atas abdomen dan juga boleh berlaku di sebelah kanan abdomen anda.
Kebiasaannya, ia akan hilang dengan sendiri, tetapi jika ia berlaku semula dalam tempoh dua minggu, segera berjumpa doktor.
2. Ulser perut
Ulser perut adalah kesakitan yang berlaku apabila lapisan perut, esofagus atau usus kecil berkembang akibat kerosakan pada lapisan disebabkan oleh asid di dalam perut.
Beberapa simptomnya termasuk mengalami sakit perut dan dada, mual, pedih ulu hati, muntah, keletihan, gas dan gangguan pencernaan.
3. Apendisitis
Ini adalah keadaan paling biasa dikaitkan dengan sakit perut di sebelah kanan. Jika apendiks anda meradang, ia menyebabkan apendisitis.
Jadi, adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda apendisitis, kerana ia boleh menjadi sangat serius jika tidak dirawat.
Apendisitis boleh pecah dan membawa maut. Rawatan boleh termasuk antibiotik atau appendectomy, iaitu pembedahan untuk membuang apendiks anda.
4. Batu karang/batu hempedu
Batu karang berlaku apabila pundi hempedu membentuk deposit cecair pencernaan yang kecil dan keras. Deposit ini menyebabkan batu karang dan menyebabkan ketidakselesaan untuk anda.
Jika anda mempunyai batu karang dengan simptom yang disebutkan, anda mungkin terpaksa mengeluarkannya.
Jumpa doktor untuk tindakan susulan bagi rawatan batu karang anda.
5. Sakit perut sebelah kanan bawah kerana sista ovari (ovarian cyst)
Wanita mempunyai ovari pada setiap sisi rahim. Kadang-kadang kantung berisi cecair boleh terbentuk pada ovari. Kebanyakan sista ini sembuh dengan sendiri dan wanita tidak menyedarinya.
Walau bagaimanapun, sista boleh menjadi cukup besar untuk menyebabkan kesakitan, dan jika sista berada di ovarium kanan anda, anda akan merasakan sakit di kawasan itu.
Jumpa doktor jika sakit itu menyerang tiba-tiba atau teruk atau jika anda mengalami demam berserta muntah.
6. Kekejangan otot
Ini mungkin berlaku akibat sesi kardio yang kuat yang mana jika anda melakukannya lebih cepat daripada biasa, yang melibatkan diafragma berfungsi lebih daripada kebiasaan.
Anda mungkin berasa kelegaan apabila meregangkan tangan di atas kepala.
Untuk mengelakkannya berlaku pada masa akan datang, panaskan tubuh dengan pergerakan dinamik untuk membantu meregangkan sistem pernafasan anda.
Ini hanya beberapa sebab penyebab sakit di sebelah kanan perut anda.
Oleh sebab terdapat banyak risiko yang mungkin berlaku, bantuan perubatan profesional adalah satu-satunya cara terbaik untuk mengenal pasti keadaan anda.
Jumpa doktor anda untuk mendapat pelan diagnosis dan rawatan untuk membantu anda berasa lebih baik.
BACA JUGA:
Lisdawati ke jinjang pelamin sekali lagi, ikuti penjelasannya
Tular pegang alat sulit budak, terus masak, peniaga berdepan tindakan tegas
Tercari tips untuk dapat kuku sihat berkilat tanpa ke spa, ini caranya