Selama ni aku ingat Salahuddin yang akan mai ziarah aku mati. Dengan keadaan kesihatan aku, aku rasa Mat Sabu, Salahuddin dan kawan2 yang lain akan mai ziarah aku mati.
Tak terlintas langsung aku akan datang lagi ke Serkat di hujung benua Asia ni untuk menghadiri pengebumian sahabatku, Salahuddin. Subhanallah!
Aku kenal Salahuddin melalui Abdul Malek Hussin. Masa tu aku tumpang kereta Malek ke pilihan raya kecil Tambatan 1989. Malek datang bertugas untuk pilihan raya itu.
Masa muda2 dulu tu, kalu kami bersembang pasai Salahuddin, Malek sebut Salahuddin sebagai pemuda suci, holy boy atau Holy Toledo. Sebabnya, sejak dari muda lagi Salahuddin memang baik sangat.
Pekerti dia baik, soft spoken dan aku tak pernah dengar dia berkasar.
Tapi sebaik2 Salahuddin, muda2 dulu hisap rokok juga. Hahaha. Dia hisap Gudang Garam. Salahuddin berhenti merokok ketika berada dalam penjara Kajang.
Pada tahun 2000, bersama2 Mahfuz, Pak Amjal dan Ustaz Minghat, Salahuddin dijatuhkan hukuman penjara sebulan kerana menyertai perhimpunan di depan Universiti Malaya membantah pasukan kriket Israel pada 1997.
Kira ok la, umoq baru 39 masa tu dah berenti merokok dah. aku berenti merokok umoq 53. Tu pun kena heart attack. Salahuddin juga sangat dikenali kerana sifatnya yang begitu pemurah. Kami yang miskin2 ni sepakat merasakan Salahuddin sebagai kawan dan pemimpin paling pemurah.
Kawan2 lain pun pemurah. Tapi Salahuddin paling pemurah.
Pernah sekali, dia dapat RM100 ntah siapa sedekah. Walaupun dia perlukan duit untuk beli susu anak, dia tetap bahagikan duit tu dengan seorang kawan. “Nah, hang ambik RM50, aku ambik RM50”.
Allah Maha Menyaksikan, aku sebak bila tulis ni. Padahal masa tu dia hidup susah. Belum jadi Ahli Parlimen lagi. Sagu hati sebagai penceramah Pas dan dari Pemuda Pas berapalah sangat dia dapat.
Baca : KEJAM! Tak Puas Hati Umpan RM8 Mahal, Anak Perempuan Pulak Ditendang Pelanggan
Tapi, itulah Salahuddin. Bila dia jadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selepas pilihan raya 2004, aku tengok Salahuddin sangat menghargai apa yang dia capai. Dia sangat komited sama ada di dalam Parlimen atau ketika berkhidmat di kawasan yang diwakilinya.
Sebab itulah, ketika dia jadi menteri, aku tengok Salahuddin sangat passionate dengan kerjanya.
Menu Rahmah, bakul Rahmah dan semua projek Rahmah yang dia inisiatifkan dilaksanakan dari jiwa raganya dan sepenuh jiwa raga.
Sebab itulah, bila Menu Rahmah diejek2, dicerca, diperlecehkan malah diperangi oleh orang2 Pas yang dia anggap sahabat, dia meluahkan perasaannya.
Sebenarnya, bukan all the Rahmah thingy sahaja yang dia mahu laksanakan. Salahuddin pernah bercerita tentang map atau peta kerjanya sebagai menteri termasuk soal penguatkuasaan seperti yang pernah diinisiatifkannya ketika menjadi Menteri Pertanian dalam kerajaan 22 bulan yang dikhianati dulu.
Banyak yang dia nak lakukan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Malangnya dia tak sempat. Perancangan Allah lebih baik.
Dia pergi dengan nama yang mengharum. aku baca sana sini. Hampir semua yang menyanjunginya. He served the nation with flying colors.
Akhirnya, antara yang aku ingat tentang Salahuddin:
1. Kalau orang membanding2kan dia dengan yang lain, “aku buat apa yang aku boleh buat la. Takkan aku nak lawan Mat (Sabu) dari segi ceramah atau lawan Mahfuz dari segi PR”.
2. Kalau orang bersembang tentang arus yang menyebelahi pihak lawan, “tapi aku yakin sangat dengan God intervention (yang menyebelahi pihak kita)”. Dan, dia memang banyak kali betui bab tu.
3. Bila ada ketegangan dalaman parti, dia cakap “yang penting aku jaga hati aku (dari sifat negatif)”.
Ya Allah, sambutlah sahabatku Salahuddin Ayub dengan limpahan keampunan dan kasih sayang-Mu.
Ya Allah yang berfirman “Man zallazi yashfa’u ‘indahu illa bi iznih”, kurniakanlah shafa’at Rasul-Mu dan Ahlul Baitnya kepada sahabatku Salahuddin.
Baca Selanjutnya :
DITIPU: 7 tahun Jaga Anak Angkat, Rupanya Anak Kandung Suami Dengan Kekasih Gelap
HAMPIR MAUT : Ahli Politik Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerna Rogol Anak Sendiri Hingga Mengandung