Sedap, lembut, gebu, jom belajar cara mudah buat donut pandan Suisan

Sedap, lembut, gebu, jom belajar cara mudah buat donut pandan Suisan. Jom kali ini kita mendonut lagi! Kali ini, kita kongsikan resipi dan cara macam mana nak buat donut pandan pula.

Resipi yang dikongsikan SuiSan Aliezsha ini, ditambah susu full cream dan diuli secara manual, menjadikan rasanya sangat sedap dan gebu.

Buat anda yang ada mesin bread maker, boleh saja buat terus putar dan diadun sehingga menjadi doh.

Sedap, lembut, gebu, jom belajar cara mudah buat donut pandan Suisan

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)

2 peket yis mauripan

4 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi)

Daun pandan (kisar untuk dapatkan 1 cawan air pandan + pewarna hijau apple, pewarna ni ikut suka nak letak atau tak nak letak pun tak apa)

1 cawan susu full cream + 5 sudu susu pekat + 1 sudu teh cuka apple (dijadikan buttermilk)

Sedap, lembut, gebu, jom belajar cara mudah buat donut pandan Suisan

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung, marjerin dan mauripan.

2. Gaul sebati. Kemudian, masukkn air pandan dan air susu.

3. Gaul sampai jadi doh. Kalau kurang, tambah susu full cream.

4. Uli sehingga kembang. Biarkan seketika, kemudian dah boleh mendonut.

5. Biarkan donut kembang 2 kali ganda. Kemudian, boleh goreng macam biasa.

6. Apabila goreng donut, api jangan terlalu panas.

7. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Sejukkan dulu. Kemudian, boleh gaulkn dengan gula icing.

8. Ikut anda nak salutkan dengan gula kastor atau snow powder. Mana-mana pun boleh.

BACA JUGA:

Persoalan Zafrul tiada di mesyuarat kabinet, terjawab

Terbukti, watak Thing jauh lebih penat daripada Wednesday, netizen tertanya berapa bayaran untuk pelakon itu

Demand sangat, biasanya isteri meluah perasaan tentang ibu mertua, tapi ini pula tentang adik ipar