Kisah sedih dan luahan Wiwin dimuat naik semula menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter.
Maaf saya berputus asa pada tahun ke-11 perkahwinan kita. Saya sudah cuba yang terbaik dan saya juga tahu perjalanan hidup kita bukan mudah.
Alhamdulillah, saya telah menemani awak hingga ke puncak, menjadi motivator, Youtuber, usahawan yang mempunyai lebih 15 perniagaan berbeza, saya bangga dapat menemani awak ke peringkat ini.
Jatuh bangun bersama suami, 11 tahun isteri setia lunas hutang & jaga ketika sakit, lepas suami jadi YouTuber terkenal kantoi kahwin senyap-senyap dengan penyondol
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan ketika diawal perkahwinan suaminya pernah berhutang sebanyak RM 2,375 (7.7 juta Rupiah) dan turut diuji dengan masalah kesihatan.
Awak ingat..kita baru 18 hari kahwin awak ada hutang 7.7 juta Rupiah, walaupun kita belum berbulan madu lagi.
Kemudian Allah uji lagi dengan penyakit yang sangat serius sehingga doktor pun hampir sukar untuk menyembuhkan awak. Saya sentiasa cuba kuatkan awak dan setia di sisi awak.
Kehadiran orang ketiga
Walau bagaimanapun, kesetiaan dan pengorbanan Wiwin tetap tidak dapat dikalahkan dengan kehadiran orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.
Tapi nampaknya kesetiaan saya untuk menemani awak dari titik terendah dalam hidup awak tidak menjamin kesetiaan awak. Semuanya tidak bermakna setelah ada orang baharu yang berusia 24 tahun.
Macam mana makhluk yang saya harapkan, yang saya percaya sebagai pelindung tiba-tiba berpoligami dengan perempuan lain tanpa izin dan pengetahuan saya?
Baca Selanjutnya :