Selangor diramal hujan lebat, angin kencang petang ini

Selangor diramal hujan lebat, angin kencang petang ini.Sekurang-kurangnya tujuh daerah di Selangor akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 2 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter dengan memaklumkan, tujuh kawasan berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Menurut agensi itu, keadaan sama diramal turut berlaku di seluruh Kuala Lumpur serta Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selangor diramal hujan lebat, angin kencang petang ini

Sehubungan itu, Orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my, laman sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

BACA:

Ira Kazar sengaja ‘menyibuk’ masuk live Puteri Sarah, ramai yang terkejut

Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’