Lembaga Lebuhraya Malaysia sebentar tadi memaklumkan sistem PayDirect , iaitu kad Touch ‘n Go yang boleh ditambah nilai menerusi aplikasi E-Wallet, hanya boleh digunakan di lebuh raya tertentu sahaja.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi, antara lebuh raya-lebuh raya yang dinyatakan adalah di Lebuh raya Sistem Tol Tertutup iaitu SKVE dan SDE.
Lebuh raya Sistem Tol Tertutup (masuk plaza tol dan bayar di plaza tol keluar) :
- 1. SKVE
- 2. SDE
Lebuh raya Sistem Tol Terbuka (terus bayar di satu plaza tol sahaja):
- 1. AKLEH
- 2. BESRAYA
- 3. BSI, PLUS di Johor
- 4. DUKE
- 5. GCE
- 6. GRAND SAGA
- 7. GRAND SEPADU
- 8. JKSB
- 9. KESAS
- 10. KLK (Plaza Tol Gombak dan Bentong)
- 11. LATAR
- 12. LDP
- 13. LKSA
- 14. LLB
- 15. MEX
- 16. NPE
- 17. SUTERA
- 18. PINTAR
- 19. PECUT
Baca Juga : RFID boleh pegang dengan tangan untuk bayar tol ?
Bagi Sistem RFID pula, orang ramai yang mempunyai Tag RFID dan menggunakan lorong RFID boleh menambah nilai di Aplikasi E-Wallet Tounch ‘n Go di seluruh lebuh raya di Malaysia.