Penampilan usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli mengenakan busana lengkap tradisi masyarakat India di akaun Instagram miliknya telah menarik perhatian pegawai polis yang pernah tular di media sosial sebelum ini iaitu Inspektor Sheila.
Menerusi laman Facebook, Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar berkongsi gambar Iqbal memakai ala-ala busana pengantin sambil mengatakan lelaki itu kelihatan seperti seorang raja sehingga meraih lebih 500 tanda suka.
Malah, wanita berusia 35 tahun itu juga mengatakan penampilan jejaka yang berasal dari Kelantan itu dapat mengatasi pelakon Bollywood iaitu Shah Rukh Khan sebelum berseloroh mengajak untuk berlakon dalam filem Tamil.
Tindakan Iqbal yang menulis namanya dalam bahasa Tamil juga membuatkan Sheila teruja dan berterima kasih kerana menghargai bahasa ibundanya dan menghormati tradisi serta budaya masyarakat India.
Sementara itu, di ruangan komen, usahawan yang berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kepada Sheila kerana mengajarnya tentang budaya masyarakat India selepas mereka berkenalan.
Terima kasih Sheila
Terdapat juga netizen dalam kalangan kaum India yang turut bersetuju dengan kenyataan Sheila selain memuji bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu kelihatan segak dan kacak.
Dia nampak menarik
Sebelum ini, pasangan terrsebut mencuri tumpuan kerana sedondon memakai persalinan baju Melayu dan baju kurung moden sekali gus menimbulkan tanda tanya netizen sekiranya mereka berdua sedang dilamun cinta.
Baca Selanjutnya :