Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diubah nama

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diubah nama.Stadium Nasional Bukit Jalil (Stadium Bukit Jalil) berpotensi ditukarkan nama kepada nama baru bergantung pada keadaan semasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) tidak menolak kemungkinan berkenaan penukaran nama stadium ikonik Malaysia tersebut.

“Banyak cadangan ke arah itu tetapi buat masa ini, kita yakin mampu menguruskannya tetapi saya tidak tolak kemungkinan untuk masa akan datang.

“Itu antara salah satu cara untuk kita memandang ke depan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Teh Tarik Santai di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

“Penyelenggaran juga amat penting. Jadi sebab itulah saya maklumkan kepada PSM supaya teruskan juga buat perancangan bagi mendapatkan rakan kerjasama strategik untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diubah nama

“Banyak yang boleh kita lakukan di sekeliling stadium umpamanya membuka pusat perniagaan barangan sukan, muzium dan sebagainya bagi menghidupkan industri sukan ini,” katanya.

Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka secara rasmi pada 11 Julai 1998 dan digunakan buat kali pertama untuk temasya Sukan Komenwel 1998 yang dilangsungkan pada September tahun 1998.

BACA:

Ramai mahu boikot Mat Kilau, ini respon Syamsul Yusof

Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta

Bayi baru lahir layak dapat RM300, ini perinciannya