Susah nak kejutkan anak waktu pagi, kan mommies? Hah, berikut ada 6 tips menceriakan pagi anak-anak.
Saya pasti, hanya mak-mak sahaja yang memahami cabaran untuk mengejutkan anak-anak pada waktu pagi; terutamanya untuk ke sekolah atau taska, atau sekiranya harus melakukan beberapa aktiviti di awal pagi. Tetapi, jika terpaksa bangun awal pagi untuk pergi bercuti atau berjalan ke mana sahaja, lebih mudah dan cepat mereka bangun!
Pelbagai ragam anak-anak di waktu pagi—yang lebih besar selalunya lebih mudah untuk terus bangun dan siapkan diri, berbanding anak-anak kecil yang memberikan lebih cabaran dan menguji minda dan kesabaran mak-mak setiap pagi. Ada yang merengek, yang bangun dan terus menangis, yang memberikan pelbagai alasan untuk sambung tidur, malah ada juga yang bangun tetapi sambung tidur di bilik air!
Haih, sabar jelah.
Sebagai seorang emak yang memahami para supermum di luar sana, terdapat beberapa tips yang boleh dicuba untuk memudahkan anak-anak bangun pagi dengan lebih ceria dan bersemangat!
Tips-tips Menceriakan Pagi Anak-anak!
1. Kejutkan mereka dengan lemah lembut serta pelukan.
Ini sangat penting ya Mommy semua. Setiap pagi, walaupun sudah terlewat atau rushing di awal pagi, Mommy jangan main terjah atau terus gerakkan badan anak-anak dengan kasar untuk membangunkan mereka. Ini kerana, tindakan tersebut boleh ‘mengejutkan’ badan mereka yang masih enak diulit mimpi atau membuatkan emosi mereka terganggu sejurus terjaga.
Sebaliknya, Mommy boleh mulakan dengan memberi salam (bagi yang beragama Islam), sentuh dan tepuk perlahan-lahan badan mereka dengan lembut, dan sebutkan nama panggilan manja mereka. Lebih baik dan manis jika Mommy kemudian selitkan dengan pelukan dan ciuman selamat pagi untuk membangunkan mereka.
2. Lakukan sedikit regangan bersama.
Apabila anak-anak sudah terjaga, Mommy jangan lupa untuk menjadi lebih ceria dan bersemangat dengan mengajak mereka melakukan sedikit regangan, walaupun hanya di tepi katil.
Tetapi, sebelum itu, jangan lupa untuk praktikkan cara bangun dengan perlahan-lahan dan lakukan amalan “3 kali ½ minit” iaitu:
1. Apabila terjaga, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaring di sebelah kanan untuk tempoh ½ minit.
2. Kemudian duduk di tepi katil untuk tempoh ½ minit.
3. Turunkan kaki, dan duduk di tepi katil untuk tempoh ½ minit lagi.
Orang tua-tua pesan, bila kejutkan anak, jangan kasar-kasar. Takut si manja “bangun terkejut” yang menyebabkan mereka terus jadi “bad mood”.
*3. Jika masih mengantuk, terus angkat & panggil nama mereka bersama kata-kata pujian. *
Eh! Dia boleh sambung tidur lagi?!
Haa sekiranya anak Mommy masih mengantuk atau kembali sambung tidur di atas katil, ketika ini, Mommy harus menjadi sedikit tegas dalam nada Mommy.
Mommy boleh terus memeluk dan mengangkat anak Mommy bersama kata-kata semangat dan pujian. Sambil Mommy bawa mereka ke bilik mandi, sambil Mommy memuji seperti “Bangun sayang, anak Mommy yang rajin, yang baik”, “Intan payung Mommy mesti seronok nak bangun awal hari ni kan” dan sebagainya.
Barulah anak-anak lebih bersemangat dan ceria di pagi hari.
4. Biarkan mereka memilih pakaian sendiri
Sebelum pergi mandi atau selepas mereka selesai mandi, Mommy boleh biarkan anak-anak memilih pakaian mereka sendiri. Bawa mereka ke almari dan Mommy boleh syorkan pakaian mana yang sesuai untuk mereka, tetapi, biarkan mereka membuat pilihan sendiri.
Sekiranya mereka bangun awal untuk ke sekolah atau tadika yang mempunyai uniform khas, Mommy boleh susunkan uniform yang sama, tetapi berikan mereka pilihan stoking, kasut, hiasan rambut atau aksesori lain yang berbeza dan biarkan anak-anak memilih sendiri yang mana satu mereka ingin padankan untuk hari itu.
Tetapi, jangan pula biarkan mereka memilih padanan stoking yang berbeza ya. Lain pula jadinya nanti.
5. Sediakan bekalan sarapan pagi kegemaran anak-anak
Ini merupakan antara perkara yang penting dan crucial kalau tanya saya sendiri. Berdasarkan pengalaman, sarapan yang disediakan juga merupakan point yang penting untuk anak-anak bangun dengan ceria dan bersemangat di pagi hari.
Sambil kejutkan mereka, sambil ‘goda’ mereka dengan menu sarapan pagi khas yang saya sediakan untuk mereka. Sekiranya menu tersebut adalah menu kegemaran mereka, lebih terbeliak dan cepat mereka bangun untuk siapkan diri.
Umum mengetahui sarapan adalah penting kerana ia membekalkan tenaga, meningkatkan daya tumpuan dan mengelakkan perasaan mengantuk semasa melakukan aktiviti di pagi hari. Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dapat membantu penumpuan dan kecerdasan anak-anak terutamanya ketika berada di dalam kelas.
Jadi, untuk menceriakan hari anak-anak Mommy (dan memudahkan Mommy sendiri), Mommy boleh sediakan sarapan berkhasiat yang ringkas, mudah, dan pastinya menyelerakan seperti Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA yang terbaharu, yang dihasilkan dalam bentuk huruf!
Ya, kalau sebelum ini dalam‘bear-shaped’, kini KOKO KRUNCH® dah ada dalam bentuk A, B, C dan sebagainya!
6. Lakukan sedikit aktiviti sambil bersarapan
Dalam pada itu, Mommy juga boleh galakkan beberapa aktiviti mudah bersama anak-anak semasa di meja makan – bukan bermain gajet ya!
Dengan Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA, Mommy boleh mengasah minda dan mengembangkan kosa kata anak-anak dengan mengajar mereka perkataan-perkataan baru berdasarkan menu sarapan yang dihidangkan, objek atau perabot berhampiran meja makan, mahupun aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.
Lagi menarik dengan hidangan Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA yang boleh membuatkan anak-anak menjadi lebih kreatif dengan hanya bijirin sarapan pagi mereka. Tingkatkan penggunaan kosa kata atau membaca anak-anak dengan menyusun huruf-huruf bijirin kegemaran ramai ini.
Semoga tips yang diberikan bermanfaat. Goodluck Mommies!
BACA JUGA:
Penduduk sedia hadapi banjir, siren amaran berbunyi 2 kali
Solat hajat untuk Turkiye, Syria akan dibuat di masjid, surau Wilayah Persekutuan