Tegar Septian luah perasaan sedih selepas masuk ‘Big Stage’, “tak sangka..”. Penyanyi kelahiran Subang, Indonesia, Tegar Septian, 21, tidak menolak sejak menyertai program Big Stage 2022.
Malah, kata Tegar, kadar kekerapannya berhubung dengan mereka dala tempoh satu hari juga tidak terhitung termasuk membuat panggilan video bagi mengubat kerinduan di hati.
Dia tidak pernah gagal untuk menghubungi isteri dan anaknya di sana untuk bertanyakan khabar mereka
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
“Isteri dan anak saya berada di Indonesia. Tetapi selalu sahaja memberikan saya semangat walaupun berada jauh. Saya selalu telefon mereka, hari-hari! Tak terhitung berapa kali sehari saya akan bercakap dengan mereka.
“Kalau nak tahu, ini adalah tempoh yang paling lama saya berjauhan dengan mereka. Rindu memang rindu. Tetapi, saya ada perjuangan yang harus diselesaikan di program Big Stage 2022.
“Saya juga tak mahu larut dalam perasaan sedih sebab berjauhan dengan mereka sebab sesar perlu fokus dengan persembahan pada setiap minggu. Lagi pula ini sebuah pertandingan,”katanya.
Tegar berkata demikian semasa ditemui usai program berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai keletah anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian, kata Tegar, anak lelakinya itu kini sudah menginjak usia setahun setengah dan pandai membuat aksi tersendiri.
“Sebagai bapa, saya lihat, anak saya itu sudah mula ikut ciri-ciri saya sedikit. Dia suka muzik. Malah, suka bergadang (berjaga lewat). Waktu tidur dia pula adakala jam 2 pagi atau 3 pagi. Eh, mengikut saya pula.
“Tapi bagusnya, anak saya ini seorang yang cepat tangkap, cepat belajar. Alhamdulillah,”katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk membawa isteri dan anaknya ke sini sekiranya rezeki berpihak kepadanya untuk masuk ke peringkat final program Big Stage, Tegar akan mempertimbangkan perkara tersebut.
“Mudah-mudahan boleh dibawa masuk ke sini. Insya-Allah juga, selepas ini, ada juga saya merancang untuk bawa mereka ke sini jika ada rezeki meneruskan kerja muzik di sini,”katanya.
Untuk info, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 lalu ketika berumur 19 tahun.
Tonton:
Baca:
10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan yang ramai tidak tahu
Peguam ini ajar cara halau penyewa bermasalah
Isteri Shuk Sahar dilihat keluar dari pejabat agama, netizen perasan sesuatu pula
[/bg_collapse]