Thailand tampil dengan kaedah baru untuk kesan Covid-19 melalui peluh ketiak

Sebut mengenai swab test pasti ramai yang membayangkan proses di mana sebuah alat dimasukkan dalam mulut atau hidung dalam memperoleh cecair bagi mengesan wabak COVID-19 pada seseorang individu.

Ujian pengesan COVID-19 ini nyata lebih ekstrem di China di mana terdapat sampel individu yang diambil daripada dubur.

Terbaharu, Thailand tampil dengan sebuah lagi kaedah dalam mengesan wabak COVID-19 dengan mengambil peluh pada ketiak individu yang disaring.

Thailand tampil dengan kaedah baru untuk kesan Covid-19 melalui peluh ketiak

Menurut CNA, saintis Thailand mendakwa peluh pada ketiak mampu mengesan wabak COVID-19 pada seseorang individu.

Hal ini berikutan terdapat cecair istimewa yang terdapat pada individu yang disahkan positif COVID-19.

Menerusi kajian yang diperoleh, mereka sedang dalam usaha untuk menghasilkan dan menawarkan sebuah alat dalam memudahkan orang ramai mengesan wabak COVID-19 dengan hanya menerusi peluh ketiak sahaja.

Difahamkan ketepatan sehingga 95% antara yang berjaya diperoleh menerusi penggunaan alat yang dihasilkan tersebut.

Dilaporkan tujuan penghasilan alat ini adalah bagi memudahkan orang ramai yang kerap menjalankan ujian COVID-19 serta mereka yang berasa tidak selesa dengan ujian yang dilakukan menerusi hidung atau mulut.

Penawaran kit ujian dengan harga mampu milik ini sekaligus dapat membantu rakyat Thailand dan juga orang ramai seluruh dunia menerusi penggunaannya yang lebih pantas dan mudah.

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/miliki-ketepatan-95-dan-lebih-mudah-kesan-covid-19-thailand-sedia-guna-sampel-dari-peluh-ketiak/

BACA JUGA :
Ini 8 hukuman mati paling kejam pernah dijalankan sepanjang zaman. No 2 paling menyeksakan
[VIDEO] Suara real ‘King Cobra’ bikin ramai meremang
Lelaki acah-acah kaya pakai kereta sewa tipu 6 janda di aplikasi cari jodoh