Tindakan Artis Wanita Terkenal Yang Meramas ‘Aset’ Peminatnya Menimbulkan Kemarahan Di Kalangan Warganet.

Penyannyi rap Ash-B dikritik hebat netizen selepas bertindak menandatangani autograf pada anggota badan peminatnya termasuk di bahagian dada dan punggung.

Memetik portal Mstar, Ash-B sebelum itu turut berkongsi beberapa video di Instagram miliknya sambil bertanya kepada peminat bahagian mana mereka mahu dia menurunkan tandatangannya.

 

Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan penyanyi rap itu sedang tandatangan pada bahagian anggota tubuh peminat wanitanya.

Tidak hanya itu, Ash-B turut dilihat memegang tubuh seorang wanita sambil menulis mesej memuji kecantikan punggungnya.

Ash-B juga dilihat meramas dada seorang peminat wanita selepas meninggalkan tandatangannya.

Seorang peminat lelaki bertuah yang memakai tank top berwarna putih turut menerima autograf Ash-B di bahagian dadanya dengan tulisan mesej yang berkata “Awak comel”.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi itu mendapat kritikan netizen yang menyelar perbuatan menurunkan tandatangan pada bahagian peribadi individu lain.

Pun begitu, rata-rata peminat membela penyanyi itu dan menyifatkan tindakan berkenaan dilakukan atas permintaan peminatnya sendiri.

“Apa masalahnya jika peminat yang meminta sendiri mahu tandatangan pada bahagian badan mereka.

“Saya rasa ini adalah pengalaman unik untuk peminat… ia bukan seperti memaksa peminat dan menyentuh tanpa kebenaran mereka,” tulis mereka.

Baca Selanjutnya :