Tindakan pengantin selamatkan budak lemas semasa sesi ‘photoshoot’ gambar kahwin dipuji

Tindakan pengantin selamatkan budak lemas semasa sesi ‘photoshoot’ gambar kahwin dipuji.

Siapa sangka, sedang pengantin sibuk menjalani ‘photoshoot’ majlis perkahwinan mereka, tiba-tiba ada insiden melibatkan nyawa berlaku depan mata!

Itulah yang terjadi pada pasangan pengantin ini

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Menerusi perkongsian @anippahmad di Tiktok, dia berkongsi satu video seorang kanak-kanak dipercayai pemegang kad OKU yang hampir lemas susulan tindakannya melompat keluar dari kereta lalu terjun ke dalam sungai.

Namun tindakan pengantin lelaki yang pantas menyelamat meraih pujian ramai.

Kejadian dilaporkan berlaku di Stesen KTM Anak Bukit, membuatkan situasi bertukar cemas dan menarik perhatian pasangan pengantin yang kebetulan sedang menjalani penggambaran perkahwinan di kawasan berhampiran.

Tindakan pengantin selamatkan budak lemas semasa sesi ‘photoshoot’ gambar kahwin dipuji

Bertindak pantas apabila melihat kejadian tersebut, pengantin lelaki dilihat terus terjun ke sungai tersebut demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

Video:
@anipp.88 #herokitaniboss ♬ bunyi asal – anipp ahmad


Keadaan kalut tersebut diselesaikan pantas oleh pengantin lelaki yang memang pandai berenang, akhirnya berjaya membawa naik kanak-kanak itu.

“Bukan senang ye nak selamatkan orang lemas…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan pantas pengantin lelaki yang berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

Malahan, ramai yang memuji sikap baik pengantin lelaki, walau dalam busana pengantin, namun apa yang difikirkan cumalah untuk menyelamatkan nyawa seseorang di kala itu.

“Alhamdulillah, tak salah pilihan pengantin perempuan…”
“Awak memang hero bang!”

Tonton:

Baca:

10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan yang ramai tidak tahu

Peguam ini ajar cara halau penyewa bermasalah

Isteri Shuk Sahar dilihat keluar dari pejabat agama, netizen perasan sesuatu pula
[/bg_collapse]