Seorang doktor sedih berkongsikan pengalamannya terpaksa menuruti kemahuan waris kepada pesakit yang melarang pihak hospital daripada memberhentikan rawatan.
Walhal, pesakit itu sudah terlantar jasad separuh nyawa.
Ikuti cerita dikongsikan Dr Hana Hadzrami ini. Moga menjadi iktibar buat kita semua agar tidak menyeksa pesakit selepas proses rawatan sokongan tidak berhasil:
Pernah dulu seorang pesakit yang dah lama tenat di ICU, kami terpaksa teruskan rawatan sokongan walaupun ia tidak lagi bermanfaat.
Ini kerana anak pesakit melarang kami memberhentikan rawatan dan enggan menerima kenyataan.
Sehingga tubuh si bapa sejuk kaku, keluar ulat berengga dari segenap lubang di tubuhnya berminggu-minggu. Tetap anak-anak beliau memaksa kami teruskan rawatan sokongan secara artificial.
Bila ditanya sebab sebenar, mereka terus terang memberitahu bahawa si bapa masih menerima wang pencen dari arwah ibu mereka.
Selagi boleh mereka mahu wang pencen itu diteruskan. Walaupun itu bermakna bapa mereka terlantar jasad separuh nyawa.
Kami sangka anak-anak pesakit masih di bawah umur dan bergantung sepenuhnya pada pendapatan si bapa. Namun, mereka semua adalah lelaki dewasa yang dah bekerja; kecuali anak bongsu yang baru tamat belajar tingkatan 5.
Mungkin juga penangan pandemik menyebabkan ramai hilang punca pendapatan sehingga mereka terpaksa membuat keputusan tersebut.
Namun, tiba suatu hari di mana jantung pesakit tersebut perlahan-lahan berhenti berdegup selepas berhari-hari mengalami tekanan darah rendah.
Lama pesakit menderita dan kami terpaksa menyaksikannya. Bau daging reput serta hinggapan langau dah sekian lama menyelubungi.
Itulah kemahuan waris pesakit dan kami hormatinya. Walau kami tahu, tak mungkin ada manusia yang mahu dirinya diseksa sebegitu.
Harap kami tidak lagi dipaksa untuk menyeksa pesakit yang dah tiba masanya.
BACA:
Lelaki bercahaya muncul solat di surau jam 3.15 pagi, cctv berjaya rakam
Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu
Wanita dedah ditawar jadi isteri Menteri, ganjaran RM1 juta dan Rolls Royce