Tular buaya hidup dengan tayar motosikal terlekat di kepala sejak 2016

Seekor buaya di Palu, Indonesia menjadi tular sejak tahun 2016 selepas dikesan mempunyai tayar motosikal yang tersangkut di lehernya. Sudah pelbagai usaha yang cuba dijalankan untuk menangkap dan mengeluarkan tayar itu daripada buaya tersebut tetapi tidak berjaya.

Pada tahun 2020 yang lepas, pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran buat sesiapa yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leer buaya it. Tetapi malangnya usaha itu boleh dikatakan gagal dan menemui jalan buntu.

Pada bulan December 2020, buaya itu dilihat muncul kembali dan seorang wanita didapati berdiri berhampiran dengan buaya tersebut.Dalam video tersebut, wanita itu kelihatan tidak gentar malah berani menghampiri buaya berkenaan.

 

Manakala orang kampung pula menjerit meminta tanggalkan tayar pada leer buaya yang berukuran kira-kira 4 meter tersebut.

Walaubagalmanapun, buaya berkenaan kemudian beredar dan mask balik ke dalam air. Dengan saiz buaya tersebut yang semakin membesar, tayar yang tersangkut di lehernya boleh membahayakan dan mengancam nyawanya.

Menurut pihak berkuasa, operasi untuk menyelamatkan buaya ini agak sukar kerana lokasinya yang sering berubah-ubah.

Meskipun perangkap dipasang di satu tempat, buaya ini akan muncul di tempat lain pula.

Selain itu sungai Palu tersebut juga dihuni oleh banyak buaya yang angkanya mencecah ratusan ekor buaya.

Semoga suatu hari nanti buaya ini akan dapat bebas daripada tayar yang tersangkut di lehernya.

 

Kisah buaya ini juga memberi pengajaran buat kita semua agar jangan sesuka hati membuang sampah atau barangan yang tidak diperlukan lagi ke dalam sungai atau laut. Sama-sama lah kita berusaha dan bekerjasama menjaga kebersihan mengekalkan keindahan semulajadi flora dan fauna di muka Bumi ini.

Baca Juga : [VIDEO] Tangan wanita digigit buaya sebelum direntap masuk kandang
Pasangan dicekup buat ‘maksiat’ dalam air
Rezeki sembelih ayam tak bertelur, lelaki ini jumpa harta karun dalam perut ayam..