Ustaz Kazim dedah sesuatu pasal Siti Nurhaliza, “dia mai hantar..”

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ustaz Kazim dedah sesuatu pasal Siti Nurhaliza, “dia mai hantar..” ustaz kazim elias ustaz kazim ceramah ustaz kazim pondok ustaz kazim[/bg_collapse]

 

 

“Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam.

Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.

“Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.

“Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.

“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.

Ustaz Kazim dedah sesuatu pasal Siti Nurhaliza, "dia mai hantar.." ustaz kazim elias ustaz kazim ceramah ustaz kazim pondok ustaz kazim

“Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak sakit.

“Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.

“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya

“Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik.

“Allah akan beri kekuatan. Jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya.

Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

BACA:

Whatsapp Syuk Sahar kepada isterinya didedah kepada umum, kantoi habis..

Aksi ghairah ular tunjuk ‘tarian tiang’ kejutkan orang ramai

Kecoh dakwaan ustaz kata sains menipu, sekali pakar datang jawab