[VIDEO] Ini sebab kenapa orang siram air kat kubur dan hukumnya oleh Ustaz Azhar

Sudah menjadi perkara biasa jika kita dapat melihat pusara di tabur bunga dan disiram air oleh ahli keluarga sebaik sahaja habis bacaan talkin. Perkara ini juga dapat dilihat apabila ada individu yang ziarah kubur pasti akan menyiram air seolah-olah ianya adalah perkara yang wajib.

Ini sebab kenapa orang siram air kat kubur dan hukumnya oleh Ustaz Azhar

Walhal, pada hakikatnya kita sendiri masih keliru dengan hukum menyiram air di atas tanah kubur ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya. Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan perkara ini tanpa tahu hal hukum yang sebenar.

Apa tujuan siram air di atas kubur?

Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:

  1. Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
  2. Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
  3. Supaya tanah tidak berdebu

Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.

Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/13/video-kenapa-siram-air-kat-kubur-dan-apa-hukumnya-ini-jawapan-ringkas-uai/

BACA JUGA :
Setelah 35 tahun baru tahu rupa-rupanya bukan anak kandung, Ibu ‘curang’ masa Abah outstation
Pengasas Telegram beri amaran buang aplikasi Whatsapp sebelum perkara buruk berlaku
[VIDEO] Suara real ‘King Cobra’ bikin ramai meremang