Wanita meninggal dunia dalam kereta di Tambunan

Wanita meninggal dunia dalam kereta di Tambunan

Polis mengesahkan kes wanita yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan Kebun, Jalan Sinurambi, Tambunan, semalam, sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kes itu pada jam 2.54 pagi.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta Perodua Axia berwarna merah

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati kereta berada dalam keadaan berkunci dan dibuka oleh pihak bomba.

“Mangsa wanita itu didapati dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nor Rafidah berkata, polis turut menemui arang yang telah dibakar dan diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang kenderaan berkenaan.

“Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai SDR.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke hospital Keningau untuk bedah siasat,” katanya.

BACA JUGA:

Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu

Bolehkah guna tisu basah untuk berwuduk? Ini penjelasan mufti

Cuti balik kampung, perhambakan mak ayah itu dosa besar