Wanita tahan air mata tegur Kak Long hina OKU, melampau sangat

Penat dengan rakyat Malaysia, Kak Long undur diri dari media sosial. Walaupun sudah meminta maaf.

Namun perbuatan Kak Long yang mengajuk gaya golongan OKU nyata membuatkan ramai benar-benar kesal.

Ibarat tidak serik-serik kerana kerap melakukan hal negatif

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Sebelum ini TV Alhijrah juga terpaksa menunda siaran melibatkan wanita terbabit ekoran bantahan ramai netizen sejak kelmarin lagi.

Lepas tengok video dia ejek OKU, aku nok nitis air mata

Bukan seorang dua, malahan ramai yang sudah memberikan nasihat terbuka kepada Kak Long termasuklah pengguna akaun TikTok Rynn ini. Meskipun dirinya mempunyai nikmat sempurna tubuh badan, namun gurauan hangat berkaitan orang OKU cukup membuatkan hatinya terasa sayu.

Aku sendiri hok tubuh badan sempurna, 1 hari benda jadi kat mu baru mu rasa

Bukanlah mahu mendoakan benda buruk, namun Puan Rynn menyifatkan mungkin ‘si polan’ akan tersedar andai ujian sama menimpanya satu hari nanti. Tidak menafikan rezeki Kak Long dijemput ke acara TV, tetapi segala kontroversi yang terjadi ini membuatkan dirinya tidak tertahan memberikan teguran demi kebaikan bersama.

@rynn87 #tvalhijrahnews Sedih weiiiii dgn org hok rase die sempurna mcm xdok dose. #BairiniEmpire #exmanager #route10k ♬ original sound – Khruanara(ครัวนรา)-Momy Gojes

Saya turut menangis…Saya ada orang tua OKU

Melalui ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang disuarakan oleh Kak Rynn. Kebanyakan mereka yang mempunyai ahli keluarga OKU akui begitu terguris hati dengan bentuk gurauan dilakukan oleh wanita terbabit.

Komen warga maya:

Wanita tahan air mata tegur Kak Long hina OKU, melampau sangat

Wanita tahan air mata tegur Kak Long hina OKU, melampau sangat

Tonton:

Baca:

Aliff Syukri buat hal lagi, kongsi tips malam pertama di ranjang

10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan yang ramai tidak tahu

Peguam ini ajar cara halau penyewa bermasalah