X80, X90, SUV baru dan MPV baru bakal mewarnai pengeluaran Proton

X80, X90, SUV baru dan MPV baru bakal mewarnai pengeluaran Proton. Proton bakal keluar X80, X90, SUV baru dan MPV ganti Exora? Nampaknya ada dua tanda dagang baharu sudah dikemukakan pendaftaran untuk Proton yang boleh disemak menerusi portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Selain dari proton saga ,dua tanda dagang baharu itu ialah X80 dan X90 yang kedua-duanya didaftarkan ejen Azmi & Associates untuk pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.

Permohonan tanda dagang Proton X90 sudah dihantar sejak 5 Oktober tahun lalu dan pendaftaran dibuat di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’.

Pendaftaran X90 sudah boleh dijangka selepas tular foto model misteri, dipercayai model sama, yang dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan awam.

Apa mengejutkan adalah pendaftaran Proton X80 yang didaftarkan ejen sama pada tarikh dan di bawah klasifikasi sama. Ini menimbulkan satu lagi persoalan. Adakah Proton mahu menambah lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu atau itu adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) pengganti Exora?

X80, X90, SUV baru dan MPV baru bakal mewarnai pengeluaran Proton

BACA:

Lelaki bercahaya muncul solat di surau jam 3.15 pagi, cctv berjaya rakam

Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu

Wanita dedah ditawar jadi isteri Menteri, ganjaran RM1 juta dan Rolls Royce