Zahid bakal disaman oleh Dr Mahathir pula.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataan pada 2017 yang mempersoalkan asal usulnya.
Dr Mahathir turut mencabar Ahmad Zahid untuk menunjukkan bukti mengenai identiti dirinya yang dipertikai status bangsa sebagai Melayu.
“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah.
“Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar dalam kempen politik, akan ada yang bertindak di luar batas dan had.
“Tetapi kali ini saya berasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Ahmad Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu saja.
“Ia bukan saja merosak reputasi saya, tetapi penipuannya kepada penyokong UMNO dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat berbahaya,” katanya menerusi blog serambichedet.com. hari ini.
Dr Mahathir berkata, selain bosan dengan sikap pemimpin itu, tindakan saman yang diambil hanya sebagai usaha untuk menutup penipuan Ahmad Zahid menerusi proses mahkamah.
“Ahmad Zahid ini penipu. Orang putih kata ‘compulsive liar’, pembohong tegar. Dulu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dia keluar kenyataan kononnya kad pengenalan saya yang asal menamakan saya sebagai Mahathir a/l Iskandar Kutty.
“Ya, saya memang ada darah keturunan India dan ini saya nyatakan dalam buku saya. Saya tidak nafi. Tapi hakikatnya sijil lahir dan kad pengenalan saya adalah Mahathir bin Mohamad.
“Mengikut takrifan Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya,” katanya yang memaklumkan ibu bapanya lahir di Tanah Melayu, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan adat Melayu.
Pada Julai 2017, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa nama asal Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”
Walaupun Ahmad Zahid tidak menamakan Mahathir secara khusus, beliau ada menyebut ‘bekas perdana menteri serta 22 tahun beliau berkuasa’.
BACA:
Akhirnya Tun M buka cerita sebenar berkaitan Zahid
Rupanya KWSP benarkan 17 pengeluaran ini, tak perlu tunggu pencen
Ini jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara cawangan Selangor, mohon sekarang