40 tahun ‘abadikan’ diri jadi tukang cuci di Masjidilharam, kenali Ahmed Khan Qandal

Lelaki ini seakan sukar untuk percaya bahawa dia telah menghabiskan selama 40 tahun dalam hidupnya semata-mata untuk berkhidmat sebagai tukang cuci di Masjidilharam.

Ahmed Khan Qandal, 61, yang berasal dari Mandi Bahauddin, Pakistan ini telah meninggalkan tanah airnya pada 1983 lalu untuk berkelana mencari rezeki di Arab Saudi seawal usia 23 tahun.

“Sejak saya datang ke Arab Saudi kira-kira 40 tahun lalu, saya rasa saya adalah salah seorang ahli keluarga mereka di sini dan saya tidak pernah berasa ‘terasing’.

“Setiap kali saya bertemu seseorang setiap hari, mereka akan berkata betapa bertuahnya saya kerana dapat berkhidmat di masjid paling agung dan solat di sini.

“Saya sentiasa berada sangat dekat dengan Kaabah yang suci dan ini adalah penghormatan terbesar yang mampu dimiliki oleh seseorang yang ada hubungan baik dengan Allah.

“Saya rasa (diri) saya diberkati untuk melakukan kerja ini selama empat dekad,” katanya ketika ditemui pemberita, memetik laporan Arab News.

40 tahun ‘abadikan’ diri jadi tukang cuci di Masjidilharam, kenali Ahmed Khan Qandal

Sempat saksikan fasa pembesaran Masjidilharam

Dalam pada itu, Ahmed mendakwa, dia tiba di Arab Saudi dan mula bekerja di Masjidilharam ketika negara itu berada di bawah pemerintahan Raja Fahd bin Abdulaziz.

Malah tambahnya, dia juga sempat melihat beberapa perubahan dan fasa-fasa pembesaran infrastruktur yang dilakukan di kawasan masjid suci tersebut, termasuklah restorasi luaran dan dalaman Kaabah.

“(Pada awalnya) saya bekerja membersihkan bahagian ruang luar (masjid) dan empat tahun kemudian, kerajaan telah melakukan kerja-kerja pembesaran Masjidilharam buat kali kedua.

“Saya menjadi saksi bagaimana umat Islam boleh solat dan beribadah di sini dengan lebih selesa,” tambahnya.

Selain di Masjidilharam, Ahmed juga pernah bekerja dengan syarikat pembersihan lain selama 11 tahun sebelum berkhidmat di bawah syarikat Kumpulan Saudi Binladin.

Difahamkan, berbekalkan pengalaman berpuluh tahun bekerja dan semangat yang tinggi, Ahmed kini diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai penyelia bagi kerja-kerja pembersihan tersebut.

Ahmed mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Salah seorang anak lelakinya turut berkhidmat di Masjidilharam dalam bahagian jabatan elektrik, manakala dua lagi masih menetap di Pakistan.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/27/kisah-ahmed-khan-qandal-abadikan-diri-40-tahun-berkhidmat-sebagai-tukang-cuci-di-masjidilharam/?

BACA JUGA :
Ini jawapan bekas mufti hukum makan daging stik yang masih merah
Selepas 13 tahun menghilang, penyu terbesar di dunia tiba-tiba muncul di pantai
Menyamar “kerabat istana” lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel