Ibu maut selepas kepala dipenggal anak kandung sendiri. Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang wanita dicederakan anaknya.
“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.
“Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama mangsa dan suaminya.
Katanya, anak-anak mangsa yang lain pula menyewa di kawasan berhampiran.
“Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah melakukan pemeriksaan.
“Tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah.
“Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas parang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah itu.
“Ujian air kencing dibuat ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang (HTK). Hasil laporan awal adalah positif Methamphetamine dan Amphetamine.
“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Baca Juga : Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat
Terbongkar !!! Ramai tak tahu, Johor ada kilang ‘Kondom’ terbesar didunia
Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario