Ini kisah perkenalan Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi sebelum bernikah

Ini kisah perkenalan Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi sebelum bernikah. Dengan dua kali lafaz, Wany Hasrita sah bergelar permaisuri hati kepada Al Adib Fahmi yang berasal dari Kuching, Sarawak.

“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends dan saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.

Menurut Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada 2018, dia dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin hari ini.

Menurut Wany Hasrita, beliau dan Wany Hasrita telah bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka dengan pernikahan pada malam tadi.

Ini kisah perkenalan Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi sebelum bernikah

“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berusia 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.

“Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.

BACA LAGI :

Ini profil dan fakta menarik yang membuat Wany Hasrita terpikat dengan Al Adib Fahmi

Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya

Pendakwah terkenal sekolahkan pengerusi kem tahfiz isu ustaz rogol remaja 14 tahun