Menu telur mata lembu masak lemak tak pecah, ini rahsianya. Pernah tak anda cuba untuk masak lemak telur tapi tidak menjadi dan hancur?
Situasi tersebut sering kali berlaku kerana teknik masakan yang digunakan salah dan menyebabkan telur hancur di dalam kuali.
Kalau nak hidang untuk tetamu pasti malu dan segan kan? Jangan risau, apa kata cuba petua telur masak letak tak pecah seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah. Memang menjadi! Jom cuba.
CARA-CARANYA
1. Didihkan air dan masukkan 4 sudu cuka.
2. Bila air mula mendidih, pecahkan telur satu persatu.
3. Biarkan sehingga telur masak.
4. Angkat telur dan masukkan ke dalam kuah kuning yang telah di masak.
Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan menjadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak. Pasti menjadi dan hasilnya memang telur tak pecah.
BACA JUGA:
DAP, bala tentera Melayu, agenda Cauvinisme, baca apa pula sketsa dongengan Hadi kali ini
Parti Mahathir yang hampir serupa nasib Muafakat Nasional, menanti rebah