Pakar gesa jangan beli salamander warna-warni, ini sebabnya

Pakar gesa jangan beli salamander warna-warni, ini sebabnya. Pakar-pakar amfibia menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan trend pembelian haiwan jenis salamander dinamakan axolotl yang berwarna-warni kerana ia mengundang kepupusan spesies tersebut.

Menurut akhbar Bangkok Post, axolotl yang berasal dari Mexico, kebiasaannya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun.

Namun begitu, disebabkan bahan kimia yang digunakan bagi menukar warna amfibia ini membuatkan axolotl akan mati dalam masa seminggu sahaja.

“Kebanyakan kanak-kanak teruja untuk mendapatkan axo­lotl berwarna-warni sebagai haiwan peliharaan mereka kera­na ia karakter popular dalam permainan video.

“Namun, jangka hayat axolotl berwarna-warni hanyalah se­minggu kerana bahan pewarna yang digunakan akan membunuhnya sekali gus menyebabkan spesies ini semakin terancam,” kata sebuah pertubuhan pembiakan haiwan tersebut dalam kenyataan di laman sosial.

Pakar gesa jangan beli salamander warna-warni, ini sebabnya

Axolotl berwarna-warni itu boleh didapati dengan mudah di pasar Chatuchak, Bangkok.

Spesies itu diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Setakat ini, dianggarkan hanya 50 hingga 1,000 axolotl liar yang masih wujud dan tinggal di hutan.

BACA:

Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik

Fify Azmin buat laporan polis penipuan bekas PA, ini jawapan balas wanita tersebut

Jawatan kosong kerani seluruh Malaysia, ini cara mohon