Penggodam Ukraine umur 22 tahun dihadap ke mahkamah Amerika

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Penggodam Ukraine umur 22 tahun dihadap ke mahkamah Amerika. england vs ukraine time in ukraine putin russia ukraine ukraine football ukraine vs england ukraine russia conflict [/bg_collapse]

 

Seorang penggodam Ukraine dihadapkan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam atas tuduhan terbabit serangan ransomware termasuk terhadap syarikat perisian teknologi maklumat (IT), Kaseya.

Yaroslav Vasinskyi, 22, diekstradisi ke AS dari Poland pada 3 Mac lalu dan menurut Jabatan Keadilan AS, dia dihadapkan di mahkamah Daerah Utara Texas.

Dia ditahan di Poland Oktober lalu dalam operasi global menentang serangan ransomware, yang turut membabitkan kumpulan penggodam berpangkalan di Russia, REvil, juga dikenali sebagai Sodinokibi dan kumpulan ransomware GandCrab.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Penggodam Ukraine umur 22 tahun dihadap ke mahkamah Amerika. england vs ukraine time in ukraine putin russia ukraine ukraine football ukraine vs england ukraine russia conflict

Penjenayah siber transnasional

Peguam Negara, Merrick Garland, dalam satu kenyataan, berkata Jabatan Keadilan akan berusaha habis-habisan mengenal pasti dan menghadapkan ke muka pengadilan semua penjenayah siber transnasional yang menyasarkan penduduk AS.

Berdasarkan pertuduhan pada Ogos 2021, Vasinskyi mengakses rangkaian komputer beberapa syarikat dan memuat naik ransomware Sodinokibi/REvil bagi menyulitkan data mereka.

Antara mangsanya ialah Kaseya, yang menyediakan khidmat IT kepada kira-kira 40,000 perniagaan di seluruh dunia.

Ransomware kini menjadi jenayah popular bagi ‘menculik’ tebusan digital dengan menyulitkan data pemilik dan kemudian menuntut wang jika mahu akses dikembalikan.

Diminta membayar tebusan

Syarikat yang menjadi sasaran serangan Sodinokibi/REvil diminta membayar tebusan menggunakan matawang kripto atau digital, jika tidak mahu data mereka didedahkan kepada umum.

Vasinskyi dituduh bersekongkol untuk melakukan penipuan dan pengubahan wang haram serta berdepan hukuman penjara sehingga 115 tahun.

Seorang lagi suspek warga Russia, Yevgyeniy Polyanin, turut dituduh melakukan serangan ransomware REvil/Sodinokibi terhadap perniagaan dan entiti kerajaan di Texas pada Ogos 2019.

Polyanin, yang dituduh di Texas kerana bersekongkol untuk melakukan penipuan, dipercayai berada di Russia, kemungkinan besar di Barnaul, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). – AFP

Baca:

10 Jam tunggu doktor hospital kerajaan datang rawat anak, bapa luah rasa kesal

Sherry tunjuk bakat sebenar menyanyi masa ‘live’, sekali Ajai bagi komen tak disangka

Keadaan terkini Siti Nordiana buat peminat bimbang

[/bg_collapse]