Ramai yang terkejut, bandar purba berusia 3000 tahun timbul ditengah Sungai Tigris. Sekumpulan ahli arkeologi dari German dan Kurdish telah menemui sebuah bandar purba yang sebelum ini tersembunyi di dasar Sungai Tigris.
Bandar purba itu yang kini terletak di dalam daerah Kurdistan, Iraq dipercayai dari era Empayar Mittani yang dianggarkan berusia 3,400 tahun.
Bandar itu ditemui oleh para ahli arkeologi itu selepas air Sungai Tigris semakin kering. Sekaligus memperlihatkan kandungan bersejarah yang ada di dalamnya.
Ketika eranya, bandar purba yang dikenali sebagai Zakhiku itu dipercayai menjadi pusat penting kepada Empayar Mittani sekitar tahun 1550-1350 sebelum masihi.
Pusat bandar itu lengkap dengan struktur bangunan besar seperti istana dan beberapa bangunan-bangunan besar yang lain.
Keadaan Sungai Tigris yang cetek kini telah membolehkan ahli arkeologi memeta dan mendokumentasi keluasan bandar itu.
Seorang daripada ahli arkeologi itu bernama Dr. Peter Pfälzner dari Universiti Tübingen menyatakan, dengan penemuan bandar purba itu mereka berharap akan dapat memahami lebih lagi tentang pengakhiran era Mittani dan permulaan kepada pemerintahan orang Assyria di rantau itu.
Sungai Tigris merupakan salah satu sungai terpenting selain dari sungai Furat yang menjadi sumber air kepada pertanian, tenaga hidro dan juga laluan kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.
BACA:
Jualan air balang tengah laku keras, tiba-tiba kena halau balik
Fify Azmin buat laporan polis penipuan bekas PA, ini jawapan balas wanita tersebut
Jawatan kosong kerani seluruh Malaysia, ini cara mohon