Taja RM1.1 juta naik taraf pameran orang utan Borneo di Zoo Negara, MPOGCF pupuk kesedaran pemuliharaan hidupan liar. EKOSISTEM perhutanan negara bergantung rapat kepada hidupan liar seperti orang utan, gajah dan Harimau Malaya.
Namun, kumpulan haiwan tersebut terancam dengan aktiviti pemburuan haram dan kesedaran perlu dipupuk dalam masyarakat untuk memulihara hidupan liar ini.
Justeru, Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menaja sebanyak RM1.1 juta untuk menaik taraf pameran orang utan Borneo di Zoo Negara.
Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhammad berkata, Zoo Negara banyak menyumbang kepada pendidikan dan pemupukan kesedaran pemuliharaan hidupan liar.
“Kerjasama MPOGCF dan Zoo Negara merupakan kesinambungan kepada projek-projek pemuliharaan orang utan yang sedang berjalan dan bakal dilaksanakan.
Zamakhshari berkata, Zoo Negara banyak menyumbang kepada pendidikan dan pemupukan kesedaran pemuliharaan hidupan liar.
“Salah satunya ialah Projek Pemuliharaan Habitat Orang Utan menerusi Program Penanaman Sejuta Pokok di kawasan hutan seluas 2,500 hektar di Lower Kawaq, Hutan Simpan Ulu Segama di Lahad Datu, Sabah.
“Program Penanaman Sejuta Pokok selama 10 tahun ini bertujuan memulihkan hutan terosot dan telah bermula pada 2020 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah,” katanya pada majlis Penyerahan Cek Penajaan MPOGCF di Zoo Negara, pada Sabtu.
Zamakhshari berkata, penajaan itu diharap dapat membantu Zoo Negara membuat penambahbaikan dan penyelenggaraan yang signifikan kepada Pusat Ape di situ.
Melalui prasarana yang lengkap, ia mampu memastikan orang utan Borneo di Zoo Negara hidup dengan selesa di bawah pengawasan yang rapi.
“Ancaman terbesar kepupusan orang utan ialah aktiviti pemburuan haram. Sifat semula jadi iaitu tempoh kelahiran yang panjang (satu kelahiran bagi setiap tujuh tahun) menjadikan populasi Orang Utan lambat berkembang.
“MPOGCF selaku agensi kerajaan yang menerajui pemuliharaan alam sekitar bertanggungjawab memperbetulkan tanggapan negatif terhadap industri sawit yang menjadi penyumbang utama ekonomi dan pembangunan negara.
“Justeru, sebarang usaha yang bertujuan menjejaskan kredibiliti industri ini di peringkat antarabangsa akan memberi kesan secara langsung kepada ekonomi negara,” ujarnya.
Zamakhshari berkata, beliau mahu melihat industri sawit Malaysia memupuk semangat dan kesedaran awam mengenai kepentingan menjaga biodiversiti negara.
Selain itu juga katanya, usaha mewujudkan ladang sawit yang mesra hidupan liar serta mengatasi konflik manusia dan hidupan liar yang sering berlaku di ladang kelapa sawit.
Perkara tersebut selari dengan usaha berterusan MPOGCF untuk menganjurkan konsep kehidupan bersama secara harmoni di antara manusia dan orang utan.
Kempen yang diperkenalkan pada awal Ogos tahun ini mengetengahkan idea bahawa hidupan liar yang terancam dan dilindungi juga merupakan sebahagian daripada penduduk negara, misalnya seperti orang utan Borneo.
Kempen tersebut diberikan nama ‘The Other Malaysians’.
Hairulazim berharap kolaborasi strategik itu dapat membantu memperkenalkan MPOGCF kepada pelawat tempatan dan luar negara.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, kolaborasi strategik di antara MPOGCF dan Zoo Negara diharap dapat membantu memperkenalkan MPOGCF kepada pelawat tempatan dan luar negara.
“Industri minyak sawit telah bertapak lebih 100 tahun di negara ini dan menjadi sektor agrikomoditi utama dan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Bagaimanapun, industri ini berdepan ‘persaingan tidak sihat’ dengan dilemparkan pelbagai tohmahan tidak berasas seperti ancaman kepada alam sekitar dan penggunaan tenaga buruh paksa termasuk kanak-kanak,” ujarnya
Hairulazim turut menekankan bahawa MPOGCF bertindak sebagai perisai mempertahankan industri minyak sawit negara daripada serangan-serangan dari serata dunia.
“Produk-produk sawit Malaysia disekat dan diberi layanan tidak adil oleh negara-negara Barat dengan cara mengenakan kawalan dan peraturan yang tidak munasabah.
“Industri minyak sawit Malaysia bergantung kepada eksport. Justeru, sebarang usaha bertujuan menjejaskan industri ini akan memberi kesan secara langsung kepada ekonomi negara.
“MPOGCF bertanggungjawab menyokong pemuliharaan hijau dengan cara pembiayaan dana untuk projek pemuliharaan biodiversiti dan seterusnya menaikkan imej industri minyak sawit Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.
Selain itu, inisiatif pemuliharaan yang dibiayai MPOGCF juga memastikan industri sawit terus berdaya saing demi kepentingan semua pihak terutama kepada 500,000 pekebun kecil yang bergantung hidup kepada tanaman sawit.
BACA JUGA:
Berlaku adil dan berbesar jiwa, pendekatan politik PMX terbukti dilaksana
Anwar, terus legasi PH tunai manifesto dan kepentingan Sabah berkait MA63