Tercetus pertikaian dalam parlimen, Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan

Tercetus pertikaian dalam parlimen, Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan.

Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.

Akhbar Al-Qabas melaporkan kerajaan yang ditubuhkan pada Oktober itu meletak jawatan selepas enggan membuat komitmen kewangan dan membantah interpelasi oleh Ahli Parlimen.

Menurut laporan, sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatan itu.

Ini adalah peletakan jawatan kelima kerajaan Kuwait dalam tempoh dua tahun.

Interpelasi ialah soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dalam parlimen oleh Ahli Parlimen kepada kerajaan.

BACA JUGA :

PMX ziarah sahabat lama meskipun jadual padat

Gelendangan jadikan tempat duduk Terminal Bas Komtar sebagai ‘rumah’

Master Lim buat kepala singa untuk CNY, dapat sambutan sehingga ke Perancis, Amerika