Terpaksa menyamar jadi wanita, tentera British pakai Burqa untuk lari dari Taliban

Sekitar 20 tentera British yang cuba keluar dari Afghanistan telah menggunakan idea yang rumit untuk menempuh jarak ratusan kilometer dari selatan Afghanistan menuju ke Kabul dengan tujuan untuk melarikan diri dari negara itu yang kini dikuasai oleh Taliban, lapor UNILAD.

Mereka sedar bahawa jika mereka berlama tinggal di Afghanistan, sesuatu yang buruk bakal terjadi. Jadi mereka harus berlumba dengan masa bagi mengejar penerbangan pulang ke negara asal.

Tiada pilihan lain, mereka terpaksa membeli lima buah teksi dan diminta untuk memakai burqa oleh polis anti-pengganas Afghanistan yang membantu mereka menyamar menjadi wanita bagi memulakan misi untuk keluar dari sana.

Terpaksa menyamar jadi wanita, tentera British pakai Burqa untuk lari dari Taliban

Satu sumber dari unit SAS memberitahu The Daily Star, “Pasukan SAS telah berada di Afghanistan selama berbulan-bulan dan telah melakukan misi pengintipan rahsia ketika semuanya berjalan lancar. Mereka diberitahu untuk membatalkan operasi dan bersiap-siap untuk pengekstrakan segera ke Kabul.

“Tentera [British] juga membuang sebahagian besar peralatan mereka kecuali senjata dan peluru serta menutup diri dengan burqa. Setiap kali mereka melalui sekatan jalan raya, seorang askar pasukan khas Afghanistan menjelaskan bahawa wanita-wanita ini [tentera British] sangat taat dan ingin menyambut Taliban kembali ke Afghanistan. Ia berjaya.

Ada beberapa saat yang tidak menyenangkan tetapi bahkan Taliban enggan membuang burqa dari seorang wanita.”

Menurut The Sun, tentera British ini bukan sahaja berjaya mengelirukan Taliban dengan memakai burqa. Mereka juga difahamkan telah bertindak mengibarkan bendera Taliban dan memberi alasan ingin ke Kabul untuk menyambut ‘pembebasan pahlawan’.

Tentera British ini berhenti menyamar apabila mereka sampai ke lapangan terbang Kabul. Di sana mereka memberitahu tentera Amerika Syarikat yang menjaga pintu gerbang lapangan terbang siapa mereka yang sebenar.

Reaksi tentera AS dikatakan terkejut ketika mereka mendengar suara lelaki datang dari mereka yang memakai burqa.

Mereka akhirnya diizinkan memasuki pangkalan udara dan dibawa masuk ke sebuah bilik untuk berhubung dengan pegawai British. Kumpulan itu ditanya sama ada mereka memerlukan apa-apa dan jawapan mereka adalah, “secawan teh.”

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/tentera-british-terpaksa-menyamar-jadi-wanita-pakai-burqa-untuk-lari-dari-taliban/

BACA JUGA :

Pfizers bakal keluarkan vaksin berbentuk pil pada akhir tahun ini
Ini sebab mengapa wanita tiada dara pada malam pertama..
Kantoi !!! 14 ahli keluarga dijaja maut akibat Covid-19 ,lelaki ini raih sumbangan RM 91 ribu