YDPA berkenan menerima menghadap bekas PM Ismail Sabri

YDPA berkenan menerima menghadap bekas PM Ismail Sabri.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad hari ini berkenan menerima menghadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara petang tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Bera itu mengucapkan terima kasih kepada Sultan Abdullah kerana memberi perkenan kepadanya untuk menerima menghadap baginda yang dipercayai dipercayai berlangsung pada jam 2.30 petang.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Pertemuan rasmi itu dipercayai yang membabitkan bekas perdana menteri dan Agong sejak PRU15 yang kemudian mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.

Ismail berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia yang kesembilan selama satu tahun 51 hari, menjadikannya perdana menteri Malaysia paling singkat.

Ismail menggantikan Muhyiddin Yassin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 17 bulan.

BACA JUGA :

Seramai 6,309 mangsa banjir di Sabah dipindah ke pps

Ubur-ubur beracun ditemui di Pantai Seberang Takir

Presma jelaskan sebab harga makanan di restoran tidak akan diturunkan buat masa ini