Pelakon Zul yahya kini telahpun berhijrah menjadi seorang insan yang lebih baik. Zul Yahya kini sering tampil dengan gaya berjubah dan kopiah di kepala.
Memang sejuk mata memandang Zul Yahya yang terbaru ini. Kata Zul Yahya, dia baru sahaja berhijrah pada bulan April yang lalu dan sedikit demi sedikit menimba ilmu agama.
Ini komennya:
BANYAK UNDANGAN CERAMAH
“Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman,” Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.
“Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.
“Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega,”
SAAT PENGHIJRAHAN
“Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis. Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.
“Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah j4hat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan,”
Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah. Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab
Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.
Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.
Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.
Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.
Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.
Berita Asal : https://apacerita.press/zul-yahya-kongsi/?fbclid=IwAR3NwsmyUC7eIcZjg_LNjXhkcqC421_PlmSBdaEAC6ZrVNS_MWpvVLsHXio