Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat. Kebanyakan orang mesti ada impian untuk menjelajah dunia
Ibarat pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’, apabila kita mengembara ke tempat-tempat yang asing daripada kebiasaan, pasti banyak perkara yang boleh dipelajari. Lebih-lebih daripada aspek kepelbagaian budaya, agama, dan bahasa, sesuatu kawasan itu.
Namun begitu, dalam melakukan pengembaraan ini, pasti akan terdapat beberapa ujian yang tidak disangka tetapi terpaksa dilalui juga, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.
Baru-baru ini tular di laman sosial apabila penjelajahan seorang lelaki Perancis mengelilingi Asia Tenggara terpaksa ditangguhkan apabila brek motosikalnya dicuri di Pulau Pinang
Perjalanan Sylvain Ratichon Ract yang pada ketika ini sedang melakukan ekpedisi kembara solo terbantut seketika disebabkan angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri setibanya dia di Butterworth, Pulau Pinang.
Menyedihkan lagi apabila komponen motosikal yang dicuri itu tidak boleh ditemui di sekitar Malaysia menyebabkan Sylvain terpaksa membelinya dari luar negara dengan harga yang sangat mahal.
Paparan skrin luahan Sylvain di laman Facebook telah tersebar dalam laman-laman sosial lain.
Sebelum kejadian ini, Sylvain telah merentasi Asia Tenggara dengan bermotosikal dan telah berkunjung ke beberapa tempat di Thailand termasuklah Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok.
Sylvain juga berkongsi penjelajahannya menerusi laman Facebook 1 Moto 1 Planete .
Menerusi perkongsian di laman Twitter @My_CrimeWatch , rata-rata netizen meluahkan rasa dukacita mereka terhadap insiden ini.
Haih, memalukanlah kejadian macam ini jadi di Malaysia.
Baca Juga : Terbongkar !!! Ramai tak tahu, Johor ada kilang ‘Kondom’ terbesar didunia
Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario
Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam