Wanita diberkas polis selepas muat naik, jual video lucah diri sendiri

Akibat kedegilan memuat naik gambar dan video lucah di akaun Twitter miliknya, seorang wanita dari wilayah Chaiyaphum, Thailand diberkas polis untuk kali kedua atas kesalahan sama, lapor portal berita Thaiger semalam.

Wanita berusia 23 tahun yang hanya dikenali sebagai Nan itu ditahan di daerah Thep Sathit selepas Mahkamah Wilayah Chaiyaphum mengeluarkan waran tangkap supaya rumahnya digeledah.

Polis yang menggeledah kediaman wanita itu telah merampas telefon bimbit miliknya dan tiga alat permainan seks.

Wanita diberkas polis selepas muat naik, jual video lucah diri sendiri
Nan memuat naik gambar dan video lucah dirinya di Twitter. – Twitter 9kn3080

Dia dituduh mengendalikan beberapa akaun Twitter yang menyiarkan gambar dan video lucah serta turut menjual alat permainan seks dan pakaian dalam.

Menurut polis, pengguna boleh mengikuti akaun Twitter Nan dan perlu membayar untuk menonton video bogel dan seks wanita itu.

Nan mengaku melakukan jenayah tersebut dan berkata bahawa dia merakam gambar dan video dirinya serta memuat naik kandungan lucah tersebut.

Dia sebelum ini pernah ditahan polis atas tuduhan sama pada 22 Mei tahun lepas.

Dia berdepan dakwaan menghasilkan, memiliki dan mengedarkan gambar serta video lucah, dan meletakkan bahan lucah ke dalam sistem komputer yang boleh diakses oleh orang ramai.

BACA JUGA :
Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?
Jawapan bertulis Kementerian Kewangan macam budak gagal peperiksaan
Betul-betul ‘anak jantan’, lelaki serang 11 harimau